28 pengarang akhbar jadi pengadil Anugerah Muhibbah NPC-MACROKIOSK

  • Wednesday, April 26, 2023
  • utusanborneo.com.my

KUALA LUMPUR: Dua puluh lapan pengarang daripada pertubuhan media dalam negara telah menyertai panel pengadil untuk Siri Anugerah Muhibbah MACROKIOSK yang pertama bagi Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) bermula bulan ini.

Lima daripada kumpulan pengarang media ini akan diamanahkan untuk menilai calon yang disenarai pendek oleh Jawatankuasa Anugerah NPC bagi setiap bulan.

Pencalonan kini dibuka dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja melalui e-mel kepada muhibbah@macrokiosk.com; laman mikro anugerah https://macrokiosk.com/muhibbah-awards (Kod QR pada logo anugerah); atau WhatsApp ke https://chat.whatsapp.com/K739FdIOnqCCti0aOGnFFv

Siri anugerah yang dianjurkan oleh NPC dan penyedia platform penyelesaian perusahaan MACROKIOSK ini mengiktiraf mana-mana individu, kumpulan atau organisasi terbaik yang menunjukkan semangat muhibah sebenar di Malaysia.

Ahli-ahli panel akan memutuskan anugerah pada setiap bulan kepada individu dan organisasi yang bersikap berani dan berjasa tanpa mementingkan diri yang memberikan impak besar kepada negara serta rakyatnya dalam cetusan kemurahan hati yang paling mendalam.

Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah, Lichong Angkui adalah antara 28 panel pengadil berkenaan.

Yang lain ialah Vincent de Paul (Naib President, Berita dan Penasihat Editorial, Astro Awani), Ashwad Ismail (Berita & Hal Ehwal Semasa Astro); Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (Pengarang Kumpulan & Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press), M. Thilinadan (Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian), Kamarulzaidi Kamis (Pengarang Bisnes, Berita Harian), Saraswathi (Pengarang Bisnes, Bernama), Zaharin Mat Noor (Pengarang Dalam Talian, Bernama), Gerard Ratnam (Penerbit Eksekutif, Bernama TV).

Cheah Chor Sooi (Pengarang Eksekutif Focus Malaysia), Frankie D’Cruz (Pengarang Bebas Free Malaysia Today), B.R. Rajan (Pengarang Berita, Makkal Osai), Datuk Keith Li (Pengasas Malaysia-China Insight Trilingual News), Jahabar Sadiq (Pengarang Malaysian Insight), Kamaruddin Mape (Pengarang Kumpulan, Berita & Hal Ehwal Semasa Rangkaian TV Media Prima), Farrah Naz Karim (Pengarang Kumpulan New Straits Times), Sharanjit Singh (Pengarang Eksekutif, Kandungan & Digital, New Straits Times), Zuraimi Abdullah (Pengarang Bisnes, New Straits Times), Ahmad Najmuddin Najib (Pengarang Bersekutu, Digital & Cetakan, New Straits Times).

Suhaimi Sulaiman (Ketua Pengarah Penyiaran), Norismadi Abd Manap (Ketua Saluran Sukan RTM), Chan Aun Kuang (Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew), Datuk Hussamuddin Yaacub (Pengarang Urusan Sinar Harian), Datuk Nuraina Samad (Pengarang Urusan The Mole), Esther Ng (Ketua Pegawai Kandungan The Star), Jagdev Singh (Pengarang Bisnes The Star), Philip Golingai (Pengarang Berita The Star) dan Pearl Lee (Pengarang Urusan Twentytwo13).

Ketika mengalu-alukan para pengarang berkenaan, presiden NPC Datuk Ahirudin Attan berkata NPC bertuah kerana mendapat sokongan persekutuan media arus perdana dan digital untuk siri anugerah terpenting yang pernah dianjurkan oleh kelab itu.

"Kami berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para pengarang terkenal ini merentasi semua bahasa dan segmen.

"Para pengarang ini mewakili pelbagai persekutuan akhbar Malaysia, melambangkan semangat muhibah yang cuba dihidupkan oleh NPC dalam kalangan masyarakat Malaysia,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MACROKIOSK, Dato' Kenny Goh, turut menyatakan penghargaannya atas sokongan dan maklum balas daripada pengarang kanan.

“Kami amat berbesar hati kerana walaupun dalam kesibukan, pengarang arus perdana dan digital tetap berkumpul untuk membentuk panel pengadil.

“Tugas mereka dalam menilai pencalonan adalah teras kepada kejayaan siri anugerah ini kerana kami berusaha untuk membuat perubahan dalam masyarakat Malaysia dan mengembalikan semangat muhibah.

"Kami menantikan sesi yang menarik dan produktif pada bulan-bulan mendatang,” katanya.

Pemenang bulanan (individu/organisasi) berpeluang membawa pulang RM2,000.

Pemenang juga akan menerima baucar daripada jenama teh gaya hidup terkemuka serantau, Tealive, jenama pasar segar gaya hidup terkemuka Malaysia Jaya Grocer dan jenama yogurt asli terkenal llaollao.

Related Articles
Seremban Aikido dojo wins Muhibbah Award
For Sabah nun, Christmas means giving the gift of education
Visiting villagers in need for two decades
修道馆弘扬和谐63载 芙合气道道场荣获亲善大奖
Shudokan Terima Anugerah NPC-MACROKIOSK Muhibbah