Zubir Khan Terima Anugerah Muhibbah, Semangat Muhibah Melalui Lagu-lagu Tamil

  • Wednesday, October 23, 2024
  • maskulin.com.my

Tahniah diucapkan buat pelantun lagu ‘Yennado Macha’, Zubir Khan menjadi pilihan juri untuk menerima Anugerah Muhibbah bagi bulan Ogos.

Penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Tamil, Zubir atau nama sebenarnya Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, dipilih menerima anugerah itu sebagai mengiktiraf semangat muhibah yang ditonjolkan melalui lagu-lagu Tamil ciptaannya dan menerima sambutan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Zubir (tengah) menerima Anugerah Macrokiosk Muhibbah daripada Ketua Pegawai Eksekutif Macrokiosk Datuk Kenny Goh (kanan).

Anugerah Muhibbah dilancarkan pada tahun lepas hasil kerjasama Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) dan penyedia platform penyelesaian perusahaan MACROKIOSK, bagi menghargai individu, kumpulan, atau organisasi yang telah menyumbang kepada semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

Pengiktirafan Semangat Muhibah Melalui Lagu-lagu Tamil

Pelantun lagu Oh My Khadale itu menerima anugerah berkenaan daripada Exco NPC Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Mohammed Hanif yang mewakili Presiden NPC Datuk Ahirudin Attan dan membawa pulang wang tunai RM2,000 serta sijil penghargaan.

“Saya juga bakal melancarkan single Deepavali Sudah Mari pada 26 Okt ini bersempena dengan sambutan Deepavali yang bakal tiba. Saya berharap dapat terus mencipta dan menyanyikan lagu-lagu baharu yang akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menghayati semangat muhibah dan hidup harmoni,” katanya yang menjadikan komposer dan penyanyi dari India, Anirudh Ravichander sebagai idola.

Teruja dengan pengiktirafan itu, pemuda berketurunan Pakistan-Melayu ini menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu kejutan yang menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus berkarya.

Nama Zubir mula dikenali selepas menyanyikan lagu-lagu Tamil menerusi persembahan di majlis perkahwinan dan rakaman semula atau ‘cover version’ sejak 2018. Antara lagu bahasa Tamil ciptaan Zubir ialah Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle dan Yennode Macha yang kesemua muzik videonya mencatat jutaan tontonan di YouTube.

Related Articles
Seremban Aikido dojo wins Muhibbah Award
For Sabah nun, Christmas means giving the gift of education
Visiting villagers in need for two decades
修道馆弘扬和谐63载 芙合气道道场荣获亲善大奖
Shudokan Terima Anugerah NPC-MACROKIOSK Muhibbah