Kekurangan bukan halangan – Zubir Khan

  • Wednesday, October 23, 2024
  • hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Saya pernah terdetik nak bunuh diri sebab ingatkan tak boleh buat apa-apa.“

Demikian kata penyanyi Zubir Khan, 24, yang hilang kepercayaan diri selepas tangan kanannya terpaksa dipotong akibat termasuk ke dalam mesin kek sewaktu berumur empat tahun.

Zubir berkata, apa menyedihkan lagi setiap kali dia memohon pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup dia sering dipandang sebelah mata orang sesetengah pihak.

"Selepas kehilangan tangan pada usia empat tahun saya hilang kepercayaan kepada diri sendiri. Saya ingatkan tak boleh buat apa-apa. Saya selalu fikir kena ada dua tangan untuk mulakan sesuatu.

"Saya pernah minta kerja, tapi sering gagal kerana mereka bimbang barang jualan akan rosak dan saya tidak mampu membayarnya sedangkan saya tahu kemampuan diri.

"Cuma pandangan orang ketika itu saya tak mampu lakukan kerja sebegitu. Saya menangis sehinggalah satu hari saya sedar kekurangan bukan satu halangan selagi kita tidak mencuba.

"Tuhan hantar seorang kawan yang meminta saya menyanyikan lagu Tamil sebab saya pandai bertutur bahasa itu. Jadi saya buat 'cover' dan tiba-tiba menjadi tular," katanya.

Menurut Zubir, dia mengaku lebih bersemangat untuk menghasilkan lebih banyak karya baharu susulan kejayaannya meraih Anugerah Muhibah bagi bulan Ogos oleh Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) dan penyedia platform penyelesaian perusahaan MACROKIOSK.

"Anugerah ini memberi saya lebih semangat untuk menghasilkan lebih banyak karya baharu yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia.

"Saya kini dalam perancangan untuk bekerjasama dengan penyanyi dari India. Nantikan siapa penyanyi itu.

"Dalam masa sama, saya bakal melancarkan single Deepavali Sudah Mari pada 26 Oktober ini sempena sambutan Deepavali.

"Saya berharap dapat terus mencipta dan menyanyikan lagu-lagu baharu yang akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menghayati semangat muhibah dan hidup harmoni," katanya.

Related Articles
Seremban Aikido dojo wins Muhibbah Award
For Sabah nun, Christmas means giving the gift of education
Visiting villagers in need for two decades
修道馆弘扬和谐63载 芙合气道道场荣获亲善大奖
Shudokan Terima Anugerah NPC-MACROKIOSK Muhibbah