Zubir Khan terima Anugerah Muhibah

  • Thursday, October 24, 2024
  • utusan.com.my

KUALA LUMPUR: Usaha Zubir Khan mempromosikan semangat muhibah di negara ini dengan penghasilan lagu-lagu berbahasa Tamil diiktiraf menerusi Anugerah Muhibah yang diterimanya baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia kepada penyanyi berusia 24 tahun tahun itu sempena satu acara khas yang diadakan baru-baru ini.

Zubir mengakui terkejut dengan pengiktirafan itu kerana tidak pernah menjangkakan untuk menerima sebarang anugerah atas penglibatannya dalam menyanyikan berbahasa Tamil.

“Kegembiraan sebenar adalah apabila lagu-lagu saya menyatukan ramai orang.

“Harapan saya, lagu-lagu baru yang saya hasilkan dan nyanyikan selepas ini akan terus memberi insipirasi kepada orang lain untuk hayati semangat muhibah dan harmoni,” katanya.

Sementara itu Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan memaklumkan pemilihan Zubir sebagai penerima anugerah itu adalah atas usahanya menyatukan rakyat menerusi muzik.

“Zubir menunjukkan semangat muhibah yang mengagumkan dengan menyatukan masyarakat melalui kecintaan dan bakatnya dalam menyanyikan lagu-lagu Tamil,” katanya.

Related Articles
Seremban Aikido dojo wins Muhibbah Award
For Sabah nun, Christmas means giving the gift of education
Visiting villagers in need for two decades
修道馆弘扬和谐63载 芙合气道道场荣获亲善大奖
Shudokan Terima Anugerah NPC-MACROKIOSK Muhibbah